OPTIMISLAH DENGAN ISLAM WAHAI SAHABAT.........
Umum mengetahui bahawa manusia terikat dengan perjanjian semenjak lahirnya kita dimuka bumi ALLAH ini. Seolah-olah kita menandatangani surat akujanji dan berikrar di hadapan HEP semasa Minggu Haluan Siswa. Setiap syarat, arahan serta tegahan diingat satu-persatu lantaran takutnya kita kepada tindakan yang bakal dikenakan.
Lalu kita akan sentiasa berhati-hati dalam setiap tatacara dan perlakuan agar tidak “termakan” dengan janji sendiri. Ini sikap kita yang lazimnya dijadikan indicator ketaatan dan kepatuhan seseorang mahasiswa kepada pentadbiran yang menaungi mereka. Jelas, kita fahami rukun sebegini. Falsafah ini saya bawakan untuk tatapan sahabat semua supaya kita sama-sama berfikir dan berpegang kepada janji kita.
Namun benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, “melayu mudah lupa”. Apa yang kita janjikan, apa yang kita akukan, apa yang kita laungkan.......acapkali bercanggah !!....Justeru kita katakan, “biasalah manusia...terlupa”
Mari kita koreksi kisah para sahabat, bilamana Saidina Ali karramallahu wajhah berjanji kepada Rasulullah untuk menggantikan baginda di tempat tidurnya, maka dilaksanakannya, meskipun rasa gusar dan khuatir, acapkali timbul lantaran mengetahui risiko yang bakal dihadapi. Bilamana Saidina Abu Bakar As Siddiq melafazkan janji setia kepada Baginda Rasulullah, diujinya dengan peristiwa di Gua Thur, terketa-ketar tubuh Abu Bakar As Siddiq bilamana melihat kaki-kaki musyrikin mekah di mulut gua. Meskipun begitu, adakah mereka ber’alah? Menarik diri ? menyatakan ketidaksanggupan ?
Sama sekali tidak, malah makin teguh mereka berpegang dengan janji mereka. Adakah mereka mampu melihat ALLAH ? pernah bertemu dengan ALLAH ?
Singkap pula kisah para ulama’..adakah sahabat yakin Tok Janggut benar-benar berjuang untuk menjaga kedaulatan daerah beliau ? Apa yang dia dapat ? sedangkan mereka boleh bermewah jika tidak berperang dengan Inggeris. Sedari awal mereka ketahui bahawa perumpamaan perjuangan mereka ibarat “mentimun dan durian, bergolek pun luka, digolek lagilah luka !”...........Dato’ Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, dan ramai lagi. Mereka-mereka ini adalah pengasas pengajian-pengajian pondok semasa zaman British....
Fikirkan, apa sebenarnya agenda perjuangan penama-penama diatas.....duit, tanah, kawasan, autoriti mengutip cukai ? tapi inilah yang kita faham dan jawab di dalam PMR, SPM, dan, STPM. Adakah para sahabat yakin yang segala kisah sejarah melayu ini ditulis oleh golongan yang benar-benar memahami sejarah, menghayati sejarah, tiada berpihak, dan paling penting bukan golongan orientalis ?
Maka dalam kita menelusuri hidup sebagai mahasiswa muslim ini, wajib untuk kita meletakkan suatu anggapan tertinggi bahawa golongan yang sanggup berjuang dan berkorban segala-galanya adalah mereka yang tiada langsung kepentingan individu, cukup yakin dengan janji-janji ALLAH, serta berusaha sedaya upaya mengelak dari fitnah dan perbalahan sesama saudara.
Inilah yang dinamakan optimis dengan agama ALLAH yang kita anuti, kita fahami, kita yakini, kita imani.......jangan pernah sekali kita lupa bahawa MOU kita dengan ALLAH mengatasi segala janji dengan makhluk. Ibarat seperti perlembagaan Malaysia, setiap cadangan mahupun pindaan yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah terbatal secara automatik. Maka perlembagaan mana terlebih dahulu kita imani ? perlembagaan ALLAH, atau perlembagaan ciptaan manusia ?
Alhamdulillah, cukuplah setakat sahabat fahami hakikat ini, jangan dipersoal kenapa ada segelintir manusia yang dikatakan “penentang”, jawapannya tepuk dada tanya iman..tiada siapa yang menentang, tiada siapa yang tidak cintakan negara dan pemimpin...hanya undang-undang mereka yang tidak membantu kita cintakan ALLAH...Optimislah dengan perjuangan kerana ALLAH, lambat laun mereka akan tahu jua !
و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوى عزيز
…. Nescaya Allah akan memberi pertolongan ( kemenangan ) kepada orang yang menolong agamaNya . Sesungguhnya Allah swt maha Kuat lagi Maha Perkasa .”
( Surah al Hajj : 40 )
KEBANGKITAN MAHASISWA MUSLIM
created by Jawatankuasa Pembangunan Kerohanian & Islam Hadhari @ 11:10:00 AM

0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama