Selasa, November 27, 2007

Opinion Leader

OPINION LEADER

Pengenalan

Opinion bermaksud pandangan, pendapat. Leader pula bermaksud pemimpin, ketua, kepala, dll. Maka opinion leader dimaksudkan dalam bahasa mudahnya adalah “seorang yang mampu mengeluarkan pendapat serta pandangan yang berupa saranan, dan penegasan yang bolah dijadikan contoh serta suntikan idea bernas yang mampu menguasai suasana dan pandangan yang lain.” Pembabitan mahasiswa dalam menyuarakan pendapat serta saranan seringkali menjadi tumpuan, JIKALAU pendapat itu bersandar pada identiti tersendiri serta berguna secara amnya untuk semua. Maka dalam konteks Minggu Haluan Siswa (MHS), setiap perbuatan serta idea yang bernas akan menjadi bualan serta tumpuan perbincangan ribuan mahasiswa lain. Adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang pendakwah untuk tampil dengan idea yang baru dan munasabah demi menarik perhatian serta menyemai kepercayaan dan pandangan yang tinggi terhadap mereka.

Objektif Semasa Bagi Seorang Pendakwah yang Bersifat Opinion Leader.

Penonjolan watak kepimpinan amat penting dalam membina jambatan kepercayaan di masa akan datang. Dengan membawa ciri idealisma seorang mahasiswa, mereka dijangka mampu mengusai mood serta suasana, malahan, cara berfikir pendengar dalam sesuatu waktu tertentu, contohnya MHS. Lalu secara tidak langsung mereka akan menjadi ikon kepimpinan atau public figure.

Teknik Pendekatan Seorang Public Figure

Sesuai dengan title mahasiswa, maka mereka paling kurang mesti menguasai perkara asas konsep kebijaksanaan (intelligent concept). Ini termasuklah membuat analisis isu (samaada isu sepunya mahupun isu minoriti), golongan pendengar (agama, bangsa, tahap pelajaran dll), juga mengetahui sekurang-kurangnya pengisian-pengisian program sebelum dari itu. Pendekatan mahasiswa seringkali dipertikaikan oleh masyarakat, ada berpendapat perlu menyokong serta membangkang dalam konteks kerangka luar (non-partisan atau neutral), mengkritik secara teori (akademik), juga kadangkala critical thingking seperti provokasi dan konfrantasi. Di mana, setiap satu pendekatan mempunyai implikasi yang berlainan, bergantung kepada dos serta keteguhan dan keberanian kita dalam sesuatu pendapat.

Teknik Penyampaian Serta Isi Ucapan

Kebolehan berkata-kata adalah anugerah ALLAH yang kadangkala disalahgunakan. Namun kondisi serta situasi seseorang pendakwah memang menuntut untuk digunakan pendekatan berkata-kata (ad-da’wah bil qauli) selain pendekatan penulisan. Namun dalam konteks MHS, [i]isi ucapan yang tepat, tidak meleret, tersusun lagi tenang sering menjadi igauan setiap pendakwah PMIUM apabila menyuarakan pendapat dalam situasi serta tempat tumpuan ramai dan besar, seperti Dewan Tunku Canselor(DTC), Kompleks Perdana Siswa(KPS), Dewan Perdana 2 KPS(DP 2), serta dewan-dewan di kolej kediaman. Intonasi, suara, serta gaya[ii]Gaya berjalan, pakaian, mimik muka, dan bahasa badan merupakan item penyeri dalam penyampaian. Lalu setiap gerak geri kita seolah-olah ditenung “atas dan bawah” sebagai antara respon pemerhati tatkala penyampaian dibuat. tersendiri merupakan antara bonus pakej dalam teknik penyampaian ucapan.

Starting Point : Suatu Prasyarat Tumpuan

Kata pemula menjadi prasyarat penting untuk memikat tumpuan pendengar. Seringkali idea-idea bernas yang menarik, tenggelam dalam keributan suara audien sehinggakan feeling pemahaman dan penyampaiannya gagal ditonjolkan. Intelligent concept sekali lagi diimplementasikan dalam fasa pencetus ini. Jika tidak, kata-kata pendakwah ini seolah-olah “iklan bisu” yang kadangkala menjadi bahan gurauan serta humor audien. Tidak lebih sekadar menghiburkan serta mengesampingkan sebentar keboringan pendengar.

Eleman Tarbiah dalam Opinion Leader

Ikon seringkali tenggelam dalam pujian. Seolah-olah dialah hero dalam segala hal, dikenali ramai dalam waktu yang singkat, serta perfect person dalam “monolog ujub” hati sendiri. Maka ingin diingatkan bahawa, sekali kita menjadi ikon, maka biarlah track recordopinion leader semasa MHS akan kekal dihormati serta menjadi ikon penting dalam gerakan dakwah kita. serta perbuatan kita selari dengan percakapan. Kerana jika wajib beriman dengan firman ALLAH dalam surah As-Soff, ayat ke-2dan 3. Letakkan kepentingan jemaah di hadapan lidah setiap kali menyuarakan pendapat mahupun saranan. Isya’ALLAH

Penutup

Kesimpulannya, keberanian merupakan akar tunjang dalam konteks penampilan tersebut. Persiapan yang rapi, gaya bahasa, idea bernas, pakaian kemas, dan lain-lain bukanlah indicator kejayaan seseorang dalam fasa pembentukan opinion leader ini. Peganglah pada teori “ketenangan adalah kemenangan pertama” nescaya dengan berbekal keyakinan, iman, amanah, KBERANIAN, dan ilmu, maka pasti kita mampu menyuarakan pendapat dalam kondisi yang pelbagai kelak. Wallau aa’lam.



[i] Ini adalah faktor-faktor dalaman.

[ii] Faktor-faktor luaran.

Al-fakir ila Rabb,

Badrunnaim bin Muhammad Ali

e-mail : shah_bad86@yahoo.com

22 Jamadil Akhir, 1428H

11hb Jun, 2007


Kertas kerja ini dibentangkan dalam

Bengkel MHS kepada bakal Opinion

Leader PMIUM, 10.30 am, Isnin,

11 Jun 2007.


OPTIMISLAH DENGAN ISLAM WAHAI SAHABAT.........


Umum mengetahui bahawa manusia terikat dengan perjanjian semenjak lahirnya kita dimuka bumi ALLAH ini. Seolah-olah kita menandatangani surat akujanji dan berikrar di hadapan HEP semasa Minggu Haluan Siswa. Setiap syarat, arahan serta tegahan diingat satu-persatu lantaran takutnya kita kepada tindakan yang bakal dikenakan.

Lalu kita akan sentiasa berhati-hati dalam setiap tatacara dan perlakuan agar tidak “termakan” dengan janji sendiri. Ini sikap kita yang lazimnya dijadikan indicator ketaatan dan kepatuhan seseorang mahasiswa kepada pentadbiran yang menaungi mereka. Jelas, kita fahami rukun sebegini. Falsafah ini saya bawakan untuk tatapan sahabat semua supaya kita sama-sama berfikir dan berpegang kepada janji kita.

Namun benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, “melayu mudah lupa”. Apa yang kita janjikan, apa yang kita akukan, apa yang kita laungkan.......acapkali bercanggah !!....Justeru kita katakan, “biasalah manusia...terlupa”

Mari kita koreksi kisah para sahabat, bilamana Saidina Ali karramallahu wajhah berjanji kepada Rasulullah untuk menggantikan baginda di tempat tidurnya, maka dilaksanakannya, meskipun rasa gusar dan khuatir, acapkali timbul lantaran mengetahui risiko yang bakal dihadapi. Bilamana Saidina Abu Bakar As Siddiq melafazkan janji setia kepada Baginda Rasulullah, diujinya dengan peristiwa di Gua Thur, terketa-ketar tubuh Abu Bakar As Siddiq bilamana melihat kaki-kaki musyrikin mekah di mulut gua. Meskipun begitu, adakah mereka ber’alah? Menarik diri ? menyatakan ketidaksanggupan ?

Sama sekali tidak, malah makin teguh mereka berpegang dengan janji mereka. Adakah mereka mampu melihat ALLAH ? pernah bertemu dengan ALLAH ?

Singkap pula kisah para ulama’..adakah sahabat yakin Tok Janggut benar-benar berjuang untuk menjaga kedaulatan daerah beliau ? Apa yang dia dapat ? sedangkan mereka boleh bermewah jika tidak berperang dengan Inggeris. Sedari awal mereka ketahui bahawa perumpamaan perjuangan mereka ibarat “mentimun dan durian, bergolek pun luka, digolek lagilah luka !”...........Dato’ Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong, dan ramai lagi. Mereka-mereka ini adalah pengasas pengajian-pengajian pondok semasa zaman British....

Fikirkan, apa sebenarnya agenda perjuangan penama-penama diatas.....duit, tanah, kawasan, autoriti mengutip cukai ? tapi inilah yang kita faham dan jawab di dalam PMR, SPM, dan, STPM. Adakah para sahabat yakin yang segala kisah sejarah melayu ini ditulis oleh golongan yang benar-benar memahami sejarah, menghayati sejarah, tiada berpihak, dan paling penting bukan golongan orientalis ?

Maka dalam kita menelusuri hidup sebagai mahasiswa muslim ini, wajib untuk kita meletakkan suatu anggapan tertinggi bahawa golongan yang sanggup berjuang dan berkorban segala-galanya adalah mereka yang tiada langsung kepentingan individu, cukup yakin dengan janji-janji ALLAH, serta berusaha sedaya upaya mengelak dari fitnah dan perbalahan sesama saudara.

Inilah yang dinamakan optimis dengan agama ALLAH yang kita anuti, kita fahami, kita yakini, kita imani.......jangan pernah sekali kita lupa bahawa MOU kita dengan ALLAH mengatasi segala janji dengan makhluk. Ibarat seperti perlembagaan Malaysia, setiap cadangan mahupun pindaan yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah terbatal secara automatik. Maka perlembagaan mana terlebih dahulu kita imani ? perlembagaan ALLAH, atau perlembagaan ciptaan manusia ?

Alhamdulillah, cukuplah setakat sahabat fahami hakikat ini, jangan dipersoal kenapa ada segelintir manusia yang dikatakan “penentang”, jawapannya tepuk dada tanya iman..tiada siapa yang menentang, tiada siapa yang tidak cintakan negara dan pemimpin...hanya undang-undang mereka yang tidak membantu kita cintakan ALLAH...Optimislah dengan perjuangan kerana ALLAH, lambat laun mereka akan tahu jua !


و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوى
عزيز
…. Nescaya Allah akan memberi pertolongan ( kemenangan ) kepada orang yang menolong agamaNya . Sesungguhnya Allah swt maha Kuat lagi Maha Perkasa .”
( Surah al Hajj : 40 )

KEBANGKITAN MAHASISWA MUSLIM

created by Jawatankuasa Pembangunan Kerohanian & Islam Hadhari @ 11:10:00 AM