Isnin, Mei 05, 2008

Singkapan Tabir Diri

Penuh berhati-hati aku menulis kali ini..bukan mahu menyaingi cetusan idea sahabat blogger lain, jauh sekali mahu publisiti murahan kepada diri. Namun sudah sampai masanya suatu perkongsian sejarah perlu dilakar di ruangan ini, semata-mata bagi memberikan kita rasa ketinggian diri dan kemuliaan hidup.

SEMUANYA KERANA AKADEMIK

Aku amat bercita-cita tinggi, sering cemburu dengan pencapaian orang lain, sangat sensitif dengan kata-kata guru dan sahabat. malahan tidak dinafikan pernah memberontak kepada seorang kawan baik sendiri. tapi ALLAH masih lagi hantar individu lain yang sudi mendampingi diri untuk sama-sama membina keyakinan dalam perjuangan mengisi minda muda, seorang remaja.

seorang kawan lama. shahrezza, pernah aku pukul belakang kepalanya sehingga tiada lagi usikan liar keluar dari mulutnya selepas itu. Fikri, anak seorang yang amat berpengaruh di sekolah (Guru besar), ku tampar dan nyaris2 kami bertumbuk setelah rakan2 lain melaga2kan kami. memang genting!

Tapi ada seorang insan yang selalu memerhatikan, kami merupakan musuh tradisi dalam pengajian. paling tinggi kedudukan ku adalah di no2, dibelakang beliau. pendiam, pemurah, lemah lembut, dan pemaaf. cara belajarnya amat dikagumi. memang kami sentiasa dijumpakan bersama. Tapi yang paling dibenci, sentiasa aku dibelakangnya, TIDAK pernah sekalipun memintas...takdir NYA, mungkin beliau kini sedang bermain salji nun jauh di Russia, Fadli, medical student di sana.

Itu dulu, masa jiwa masih segar, mekar dengan ruh ilmu, gila dengan buku, tak lekang dengan guru, kelas penuh seminggu. waktu bersama keluarga amat sedikit.

SAYANG

Bermula umur 14thn, jiwa remaja mula memberontak, mahukan kebebasan yang tak diketahui arah tujunya. akal mula diisi dengan keinginan nafsu, hati mula dikotori dengan pengaruh situasi.
mengenali keluar malam, balik lewat pagi, namun terkadang masih menebal amaran mak dan abah. "JAGA DIRI"...

rupanya ALLAH masih lagi beri peluang berada dalam kelompok pendokong tradisi keilmuan. guru masih lagi disisi, buku masih lagi digilai, cuma terkadang bercampur keinginan yang bukan tradisi. alah bisa tegal biasa. rentak kendiri makin sumbang, abah mak makin risau. nasib baik anak lelaki..

Fadlan, seorang yang hampir menyamai Fadli. datang mendekati diri, mengingatkan kembali saingan akademik seperti Fadli. ya ALLAH, engkau maha kuasa. aku masih diperingati. namun jiwa muda tidak kuat menahan dugaan..tidak banyak perubahan.

sebaik melepasi SPM, angan dan cita-cita dari sekolah rendah timbul kembali, keluarga mula bertanya.."dapat tawaran mana?", jiwa muda mula tercabar, mahu buktikan yang terbaik, tapi keputusan.......susah ditafsirkan. kombinasi tidak sempurna untuk menggapai target cita-cita.

PASRAH

termenung mengenang nasib diri, kenapa tak selalu indah, kenapa begini, jiwa kotor mula dibasahi zikrullah, setelah 2bulan menyendiri dari dunia akademik, meronta-ronta jiwa mahu kembali bersama guru dan rakan. malu mengenangkan kedudukan kini. AKU BUKAN YANG DULU!

mana pergi cita-cita, mana pergi semangat. mana pergi kedudukan. aku kini tenggelam, dengan keinginan sendiri.

selekoh di kawasan ijok membuatkan bas yang aku naiki makin perlahan. sepanjang perjalanan aku merintih sendiri. hati tenggelam dalam rasa berdosa. la, kini baru ku tahu tinggi rendahnya langit Ilahi. segala nasihat yang pernah aku sebutkan masa menjadi kepimpinan dahulu kini perlu aku sebutkan pada diri sendiri.

dengan saki baki cita-cita, jiwa memohon ALLAH berikan petunjuk, jalan pilihan yang perlu diangkat sebagai jajahan baru perjuangan akademik ini. doaku : "ya ALLAH, aku serahkan segala pilihan ini kepadaMu, bidang agama kini menjadi pilihanku, jika ini kehendakMu untuk masa depanku, maka aku redha, amin"

surat rayuan diisi dengan rakan senasib, khairudin, firdaus, dan nabil. rumah di kampung melayu subang menjadi saksi kepasrahan ku dalam akademik. sains gunaan & pengajian islam, UM dan perikanan, UPM menjadi pilihan di hadapan mata. keduanya datang saat hati masih lagi berbekam dengan kekecewaan. mungkin ini hadiah ALLAH untuk diri.

Mak abah menangis gembira, aku kini kembali bercita-cita. namun, kejahilan dan sikap tidak matang jiwa remaja masih lagi ada. aku dapat rasakan.

INI JALANKU

Rupanya percaturan ALLAH yang terbaik, aku dikenalkan dengan bumi tarbiah yang biah solehah, senior seperti ustaz dan ustzh. sahabat seperti adik beradik. jiwa diisi dengan makanan yang menyegarkan. aku kembali berkendiri. mak abah, naim kini kembali seperti dulu!

perkataan usrah jadi tarikan untuk diikuti perjalanannya. aku tinggalkan orang yang paling dikasihi demi cinta Ilahi (engkau tidak mampu bawa ku ke jalan Ilahi), aku tinggalkan kawan maya yang pernah berdamping semata-mata meneladani hijrah ini.

tiada lagi tolehan belakang, namun kekadang terasa berat, mampukah diri ini bertempat di dakapan RABBUL IZZATI selamannya? ya ALLAH aku korbankan masa mudaku semata-mata melengkapkan tuntutanMu ke atas diriku. aku PASRAH!

Hidup Perlu Berhijrah, Tapi Jalannya Sahaja yang Berbeza!
-ALLAH SAVE US-


Label:

1 Ulasan:

Di 10 Mei 2008 12:45 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

as-salam...

cetusan sejarah yg menarik.
Alhamdulillah anta ditemukan dlm biah solehah berbeza ngn ana.Mencari sinar ukhwah islamiah di pelusuk engineering course..
apa pun "Hidup perlu brhijrah,tapi jalannya sahaja yg berbeza!

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama