Rabu, Jun 25, 2008

sepanjang jalan ini

hari nie dalam sejarah satu tulisan ala-ala falsafah saya coretkan dalam blog yang update setahun sekali nie (^_^). perlu saya katakan secara jujur yang diriku bukanlah penulis tegar, bukanlah pengkritik berwibawa, Mujadded rasmi..........tapi insan yang tegar mencuba pelbagai cara demi memenuhi keperluan dan kewajipan hidup sebagai pendakwah...( betul kot)

"insan yang hidup mesti bernyawa, tapi tak semua insan bernyawa itu hidup"
.......... apa erti hidup? apa erti mati?

menurut Dr Ismail Hj Ibrahim, mati memberikan takrifan yang berbeza bergantung kepada dari sudut mana ia dilihat. dari sudut biologi mati adalah satu proses dimana sel-sel dalam badan beransur-ansur rosak dan hancur...namun mati yang saya ingin huraikan bukan mati biasa, tapi mati yang mana sel-sel belum pun rosak dan hancur, tetapi insan tersebut lebih dahulu menjiwai kematiannya..mati ini boleh dipulihkan kepada asal dan dihidupkan kembali dengan subur....

mati ini juga bukan dapat dilihat secara zahir namun tanda-tandanya ada pada zahir seseorang insan...berikut saya senaraikan simtom-simtom kematian ini, kerana tiada rawatan yang mampu memulihkannya setelah mati biologi datang kepadanya..........( setakat ini rawatan api yang dicadangkan kepadanya oleh doktor-doktor pakar)

  1. tak berganjak bila azan dilaungkan
  2. tidak berubah apabila ditegur dengan ayat Tuhan.
  3. tidak terkesan melihat insan diuji dihadapannya
  4. 2 pasangan yang berpelukan di hadapan jenazah kawannya yang mati accident.
  5. banyak lagi contoh yang seumpama dengannya, selamat mencari........

di sini beberapa tips dicadangkan untuk menghidupkan insan yang mati sebegini:-

a. tangkap hati dia dengan memulakan perkenalan. ambil berat, dengar penjelasan dan masalah dia, beberapa minggu diperlukan di sini (mesti ikhlas tau)

b. mula bincangkan berkaitan kita dan alam, apa peranannya, apa fungsi kewujudannya, keunikannya dan cuba sama-sama mencari di mana datangnya setiap satu itu.

c. setelah hakikat kita wujud dijumpai, maka bincang pula cara memperbaiki diri, cukupkan masa dengan fardhu, disiplin, dan taat. pastikan aspek kemaksiatan dijelaskan di sini.

d. aspek niat dalam setiap perkara kehidupan pula dibawa di sini. sama-sama mencari hakikat ibadat dan pensyariatannya. apa kelebihannya..........

e. jelaskan prinsip, semakin tinggi pengetahuan, semakin banyak tanggungjawab, hidup tidak bermakna untuk diri sendiri semata. Tuhan tidak minta kita baik dengan akhlak, taat dengan ibadat, dan tidak menyakiti insan lain sahaja.............hidup mesti bermasyarakat dan bersama bina masyarakat.

f. maka kini mestilah dijelaskan bahawa kewajipan tidak boleh dilaksanakan bersendirian, bahkan Nabi saw sendiri perlukan sahabat untuk berjalan seiring sekata membawa dan menegakkan arahan-arahan ALLAH.

g. fasa seterusnya akan menguji kebijaksanaan para doktor ini dalam memimpin jalan pesakit yang sudah sihat ini......kumpulan manakah yang perlu dicari dalam memenuhi tuntutan dan kewajipan itu...kini Nabi saw saidina Abu Bakar ra, Uthman ra, Umar ra, Ali krw sudah tiada, ... maka sejarah hidup mereka wajib diteladani (jangan lupa tambahkan ijtihad ulama' muktabar masakini)

p/s ; selamat mencuba wahai para doktor hati !